Wednesday, March 16, 2011

RENUNG - RENUNGKAN

 
 
Kejadian terbaru Tsunami di Jepun


Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila berlaku 15 perkara itu, tunggulah datangnya malapetaka berupa taufan merah (kebakaran), tenggelamnya bumi dan apa yang di atasnya ke dalam bumi (gempa bumi dan tanah runtuh) dan perubahan atau penjelmaan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain” (Riwayat Tirmizi, 2136)


Allah berfirman yang bermaksud: “Timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah mahu rasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” (Ar-Rum: 41).

15 perkara penyebab datang bala Allah“Daripada Ali bin Abi Tholib R.A. Rasulaullah SAW bersabda: Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala pasti akan turun ke atas mereka:

1-Apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu sahaja
2-Apabila amanah dijadikan sebagai satu sumber keuntungan
3-Apabila zakat dijadikan hutang
4-Apabila suami memperturutkan segala kehendak isteri
5-Apabila anak derhaka kepada ibunya
6-Apabila anak-anak hanya mendengar cakap kawan-kawannya
7-Apabila anak-anak menjauhkan diri daripada bapanya
8-Apabila suara ditinggikan di dalam masjid
9-Apabila orang yang menjadi ketua bagi sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di kalangan mereka
10-Apabila seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11-Apabila arak sudah diminum di serata tempat
12-Apabila kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13-Apabila artis disanjung dan dimuliakan
14-Apabila muzik banyak dimainkan orang dan
15-Apabila generasi akhir umat melaknat dan menyalahkan generasi para sahabat

Hadis diriwayatkan oleh Tarmizi.

No comments:

Post a Comment