Monday, March 14, 2011

MERLIN - MY FAV SHOW ON TV EVER!


ini adalah posting minggu lepas. tapi tak sempat nak publish Nusery call my little Shafiyyah tak sihat..

Title boxku sudah jumpa. So kalau ini terjadi kepada anda sila tengok kat setting. Saya pun tak tau bila tah tukar setting tu. Tiba - tiba aje kan.


Eh eh ok.. ni nak citer pasal MERLIN. Ala dah berapa episod dah kan, baru nak story. Actually Merlin ni dah masuk season 3. Memang tak miss melayan Merlin ni sejak season 1 lagi. Memang sangat best dan syok melayan cerita ini.


Kalau anda adalah peminat cerita - cerita epik dan dongeng maka silalah layan cerita Merlin ini. Ok preview sikit. Merlin ni actually mengisahkan tentang kerajaan Camelot yang dipimpin oleh raja yang bernama King Uther Pendragon. Uther telah mengharamkan semua jenis bentuk sihir di dalam takhta kerajaannya. Masa season 2 (kalau tak silap la) ada menjelaskan kenapa Uther ni benci sangat dengan Magic dan ahli sihir. Ini kerana Uther telah membuat perjanjian dengan seorang ahli shir bernama (Nimueh kot) untuk mendapatkan seorang putera. Tetapi sebagai gantinya isterinya Ygraine telah meninggal. So maknanya Uther telah menggunakan kuasa sihir untuk mendapatkan anak tetapi dia tak tahu isterinya dijadikan sebagai galang ganti. Uther rasa tertipu dan sejak itu beliau telah membenteras sihir dan semua ahli sihir telah dibunuh.

Merlin yang sangat kurus tetapi sweet

Athur yang hensem!

Merlin pula seorang ahli sihir yang mempunyai kuasa luar biasa. Dia adalah orang suruhan kepada Prince Athur (Anak Uther). Merlin dijaga oleh ahli Fizik Istana iaitu Gaius (Richard Wilson). Gaius ni adalah kawan kepada mak die. Gaius ni dulu sebenarnya ahli sihir tetapi terpaksa menyembunyikan kuasa and die keje buat2 ubat n penawar je kat istana tu. Merlin ni menjadi harapan kepada dunia ghaib untuk mengembalikan magic di Camelot. Dia dah ditakdirkan untuk melindungi Athur dan memastikan Athur akan menjadi raja di Camelot. dengan cara itu amalan sihir akan kembali di amalkan. Dalam cerita ramai sangat ahli sihir dan tak semua jahat. Ada antara mereka yang menggunakan magic tu untuk tolong orang dsb.

Love the face.. Gaius yang comel.. hehe



Morgana telah bertukar menjadi jahat dalam season 3

Kalau season 1 dan 2 kita saksikan Morgana (Katie McGrath), anak jagaan Uther adalah sangat baik dan secara perlahan2 menyedari bahawa dirinya juga mempunyai kuasa magic. Season 3 ni menyaksikan Morgana betul2 jadi gunting dalam lipatan. Sangat jahat ok! Dia dan kakak tirinya Morgause merancang untuk menghancurkan kerajaan Camelot. Dan apabila mendapat tahu bahawa bahawa dier adalah sebenarnya anak Uther dan Vivian (ahli sihir), mereka merancang pula untuk merampas tahkta daripada Athur.. yang ni memang geram!!



Pengembaraan diteruskan

Musim ketiga ini juga diserikan lagi dengan kehadiran para pelakon undangan hebat dan ternama, termasuk empat pelakon dari filem Harry Porter seperti Harry Melling (The Harry Potter Series) sebagai Gilli, rakan Merlin, Warwick Davis (The Chronicles of Narnia) akan memegang watak sang penghuni jambatan, Grettir manakala Miriam Margoyles (Being Julia) sebagai Grunhilda dan diikuti dengan Mark Williams (The Fast Show) yang menyumbangkan suara latar bagi watak Goblin.

 
Morgause n Cenred
Pelakon undangan dari musim sebelumnya seperti Emilia Fox (The Pianist, Ballet Shoes) yang memegang watak Morgause dan Santiago Cabrera (Heroes, Che) sebagai Lancelot juga akan kembali menemui peminat di dalam musim ini. Tidak ketinggalan, suara latar Naga Hikmat akan kembali dihidupkan oleh pelakon lagenda, John Hurt.

Jadi, untuk saksikan drama yang penuh dengan aksi, persahabatan, percintaan dan magik yang pastinya mendebarkan, jangan lupa setiap ahad jam 10.30 malam di TV3 (Promo free). Yang pasti setiap episod akan membawa kita ke dunia penuh cabaran dan menyeronokkan. Dont miss it!

2 comments:

  1. aku memang tak miss..haha eh..miss rindu ke...waka waka ka ka

    ReplyDelete
  2. kahkahkahakah... miss rindu ek.. bukan miss tu hilang ke>? wakakkaakak

    ReplyDelete