Tuesday, April 26, 2011

Blogger patut sambut keterbukaan kerajaan bantu majukan negara



TANGGAPAN umum bahawa kerajaan sekarang khususnya pucuk kepemimpinan mengetahui segala-galanya sudah berlalu. Kerajaan berwibawa diterajui kepemimpinan yang bersedia menerima pandangan rakyat dan mengambil kira sebarang input mereka dalam merangka pelbagai dasar. Sebagai kerajaan bertanggungjawab, kritikan dan pandangan rakyat tidak wajar dipinggirkan. Persoalannya, sejauh mana kerajaan dapat menerima kritikan dan teguran. Pada masa sama, setakat mana pula rakyat mengetahui had serta batasan dalam mengkritik kerajaan dan pemimpinnya. Hakikatnya, dalam kecanggihan era siber, kerajaan kini tidak lagi mampu mengelak daripada kritikan, terutama oleh media baru atau penulis blog yang dilihat lebih berani dan lantang. Namun, kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak takut dengan pandangan penulis blog terhadap kerajaan yang dipimpinnya membuktikan sifat keterbukaan beliau terhadap kritikan. Najib ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN pertama, kelmarin sebaliknya menyifatkan kritikan membina itu sebagai sesuatu yang wajar. Malah, Najib menyatakan kesediaan menjadi rakan blogger kerana berpendapat pandangan mereka diperlukan bagi membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.

Kemunculan ketara penulis blog bermula sebelum Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) pada 2003. Bermula dari itu kebanyakan penulis blog menjadikan kerajaan sebagai sasaran sehingga PRU12 pada 2008. Kritikan bertali arus oleh penulis blog ketika itu dikatakan antara punca berlaku tsunami politik dan akhirnya menyebabkan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam PRU berkenaan. Justeru, ketika itu kita tidak menafikan orang ramai lebih mempercayai penulis blog, berbanding media dan akhbar arus perdana. Penulis blog begitu agresif menghentam kerajaan, malah penulisan mereka juga lebih condong kepada pembangkang. Rata-rata penulis blog ini akan mengkritik apa saja dasar dibuat kerajaan jika berpendapat ia bertentangan dengan aspirasi rakyat. Apapun, ketika kerajaan bersedia mendengar kritikan, untuk menjadi blogger yang memiliki kredibiliti mereka tidak sepatutnya melemparkan kritikan tanpa fakta dan bukti. Adalah tidak beretika jika tulisan mereka sekadar menghentam kerajaan tanpa asas. Kita mahu penulis blog bertanggungjawab ke atas penulisan mereka. Kita tidak mahu mereka menulis berdasarkan emosi, prasangka dan bersifat rasis sehingga menjejaskan kestabilan negara.
 
Namun, akhir-akhir ini, kita dapati ramai penulis blog menyokong usaha kerajaan, terutama yang dipelopori Perdana Menteri. Kita percaya penulis blog yang sebelum ini dilihat sering mengkritik kerajaan, kini sudah mampu menilai secara rasional usaha dilakukan kerajaan. Mereka mengkritik bukannya disebabkan propembangkang, tetapi kerana melihat sesuatu isu itu secara kritis dan mahu kepincangan yang berlaku diperbetulkan. Kita bersetuju dengan pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa media arus perdana kini perlu sekali-sekala mengkritik kerajaan untuk menyampaikan pandangan sebenar rakyat. Laporan media juga sepatutnya melalui proses transformasi supaya kerajaan tidak hanya mendapat laporan positif dan pujian, sebaliknya diisi dengan teguran dan kritikan membina. Kita yakin dengan pendekatan itu, kerajaan akan mendapat maklumat tepat dan seimbang. Namun, apabila media arus perdana mengkritik kerajaan jangan pula mereka dikenakan tindakan melulu disebabkan pandangan itu tidak memihak kerajaan. Sewajarnya pandangan serta kritikan itu diterima secara positif dan terbuka oleh semua pihak.
 
Dipetik daripada : Minda Pengarang, Berita Harian.

Monday, April 25, 2011

Mia Yang Comey

Ohw2 dia sangat comel.. sungguh adorable. Macam mummy lisa dia pulak kan. Alamak adakah betul Lisa dan Yusri.. ohw macam tak berapa setuju je. Tapi kalau jodoh tak kemana jugak kan. sebok jek aku ni! ok la, layankan aje gambar terbaru mia sara yang sangat gojes ini..

 senyuman yang manis sangat. ayu giteww..



alalaala.. gaya catwalk yang comel


kasut pink yang menarik. pandai bergaya :)

Wednesday, April 20, 2011

"Cute Baby With HAT Contest"

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON:

VACATION 2D1N




JOM LA JOIN, KLIK AJE BANNER KAT ATAS

TARIKH TUTUP 22 APRIL 2011

Penganjur Contest ini adalah :


Penaja untuk contest kali ni adalah:




Nama : Dhia Shafiyyah Binti Razif
Umur : 1 tahun 4 bulan

Topi ni dah lama beli. Tapi dulu longgar sekarang baru fit dengan kepala Shafiyyah :)




Monday, April 18, 2011

Twinscraftlife's 1st Lucky Draw


Me join GA ni pulak :) sungguh comel kan

nak join silalah klik banner ok  di atas

Due : 22 April 2011

saya nak tag semua blogger tapi tak larat nak bagitau. so i tag my dear frend n follower :

Noreason
Miss Sunshine
Aisha

Jom la join GA ni u all.. syaratnyer senang jek :)

Friday, April 15, 2011

Tutti Frutti sedap sangat ker???

Last week punyer citer ni.. eeheheh... kitorang ni wekend memang tak penah nak dok kat umah.. so every wekend memang jalan2 tambah2 lagi dekat2 nak masuk umah ni kan. So setiap minggu kami akan survey barang - barang rumah. macam macam la kami survey termasuk la kabinet dapur, lampu, kipas dan sebagainya. on the way ke seksyen 7 bangi tu ada lot kedai baru. Ada mr hammer (kami beli bosh disini, harga agak murah selepas tawar menawar = rm215 je.) tauke kedai pun baik dan friendly. Ada juga kedai barang elektrik kat situ tapi mahal! huhuhu.. Kipas KDK 5 Bilah kat Nilai hanya RM265, kat sini cecah RM 300++. Mahal tu weh.. kalau nak beli 5 bijik dah berapa bezanya tu kan.

Kitorang pun gatal - gatal singgah kat Tutti Frutti. Yerla semua orang kata sedap kan.. ermm....

Beli satu jek, bekas yang kaler hijau tu. Kira saiz sedang2 la. Kaler oren saiz kecik ambik bekas jek untuk Shafiyyah. Ada bekas lagi besar kaler merah.

 Shafiyyah menikmati Tutti Frutti dengan penuh feeling

 Cuba teka berapa RM?? RM 19.90!!

Rasanya? adakah berbaloi dengan harganya.. ermm... mungkin yer bagi setengah orang. tetapi bagiku tidak sama sekali. Sebab rasanya adalah biasa - biasa aje tidak menyentuh ke hati pun. lebih baik beli ais krim and then u all boleh beli buah - buahan dalam tin tu, nata de coco, kismis dan kacang tabur kat atas ais krim tadi. RM20 boleh makan satu family... sorry ini hanya pendapat aku jek.. tak wajib agree :|

Wednesday, April 13, 2011

Stay Back

Jam menunjukkan pukul 11.11 malam.. Cinderella hanya ada masa 49minit sahaja lagi untuk menari dengan putera idamannya.. hanya tinggal 49 minit sahaja lagi kita akan melangkah ke 14 April 2011. Sungguh indah kalau malam-malam yang sejuk dan dingin begini dapat tidur di tilam empuk bertemankan berselimut tebal dan ditambah dengan kedinginan air cond (vol : maximum).. ohh memang best. agak best jugak kalau dapat makan biskut kering cicah air kopi.. atau dapat makan maggie.. wah sungguh mengasyikkan. Malangnya, aku masih lagi berada di ofis bertemankan bunyi keybord dan juga mesin fax yang sudah kehabisan tonernya.. dan sekali sekali lagu wali band berkumandang di udara...lebih seram apabila lagu Far East yang bertajuk Menanti di Barzakh mengambil giliran...

Aduhai... sungguh la tensionnya. Dari pagi masuk opis sampai sekarang masih di opis..menunggu kenyataan akhbar yang akhirnya masuk ke inbox pada jam 10.45 malam. selepas di email kepada media maka fax pula mengambil giliran. cuba kira berapa banyak media yang ada di malaysia + media di sabah dan sarawak ok!! mesin fax hanya ada 2 pcs dan kene send one by one. paling banyak pun lima sahaja nombor boleh didail at one time (ni keje ejan si pakar fax).. oh k-mon la.. tak boleh ke cari kaedah yang lebih update or mesin yang lebih canggih. dah email buat apa nak fax lagi kan. walaupun kita sudah ada teknologi tetapi nampaknya masih lagi bergantung dengan kaedah lama.. yang terseksa sapa??? kami la juge kan!

Ah.. kasihan Shafiyyah yang terpaksa tidur bertemankan botol susu....Mataku juga sudah layu. Mau sahaja aku lelap. Mengenangkan parking yang pasti sudah penuh dadaku makin senak. kalau aku terpaksa parking di basement macam mana? terpaksa pula memanjat tangga menuju ke lif atas.. aduh seram x 200... ZZzzzzzz




Sempat jugak menangkap gambar2 perasan untuk menghilangkan tekanan :)

Thursday, April 7, 2011

Perlu ke langgan Astro Warna hanya kerana Maharaja Lawak??


Perlu ke korang langgan Astro Warna hanya kerana Maharaja Lawak. cer citer...cer citer.. :)

Bagi korang yang gemar sangat menonton raja lawak mungkin perlu kerana Maharaja Lawak ni menghimpunkan finalist2 Raja Lawak. Cuba bayangkan bila kesemua otai lawak ni bersaing sesama mereka. wah mesti la lawak giler kan.

Tetapi setelah menonton episod pertama.. erm lawaknya cuma so-so ajek. Johan and Zizan yang telah digembur2kan sebagai Juara pun tak lawak sangat. Dorang ni macam take for granted aje lawaknya. atau mungkin mereka akan lebih lawak kalau buat aksi spontan.

Episod satu yang lepas bagi aku yang paling lawak adalah Nabil, Balas, Sepah dan R2. erm... kesian kat Nabil memula orang tak berapa respon tapi at last ok. Walaupun penuh dengan kontroversi, lawak Nabil memang best dan dia memang talented untuk buat lawak.



Tapi pilihan hatiku tetaplah JOZAN kan. hehe.. so harap2 untuk episod akan datang dorang akan lebih berusaha dan buat lawak pecah perut. Setakat ini undian berpihak kepada JOZAN dengan peratusan 44%, dikuti Sepah 14% dan Nabil 13%.

Jadi korang pikir la balik berbaloi ke tak nak masuk pakej MUSTIKA yang merangkumi 3 channel iaitu Astro Citra, Astro Warna dan B4U (RM12). Bagi yang suka layan Raja Lawak berbaloi la kot. B4U tu citer hindustan memanjang. tapi bukan selalu citer best pon sama gak ngan Astro Citra kadang-kadang je ada cite best. and macam biasa cerita ulang - ulang. Warna pulak lawak bodoh jek memanjang.

Kalu korang jenis yang malas tengok TV tapi minat dengan Maharaja Lawak leh layan 2 episod awal kat prima and then layan you tube jek la. heheh... tepuk dada tanya poket... :)

*tapi apa2 pun aku memang bengang dengan Astro punya servis. kalau la ada pilihan lain..nak survey UNIFY pulak*