Wednesday, December 15, 2010

SAMB. EDUCATIONAL TOYS

Sambungan pasal educational toys ni.. setiap peringkat perkembangan bayi adalah berbeza. jadi sebagai ibu bapa adalah perlu untuk kita mengetahui bagaimana untuk membantu meransang perkembangan bayi. Salah satunya dengan alat permainan yang sesuai ini kerana menurut panduan perkembangan awal kanak - kanak dari Kementerian Kesihatan, kanak - kanak belajar mengenali dunia melalui pancaindera sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa dan menghidu. Dan setiap pancaindera ini mula berfungsi sejak mereka lahir lagi.

0-3M

-Soft toys yang bewarna hitam, putih atau merah untuk meransang fokus mata bayi
-Soft Toys yang boleh dipeluk dengan tekstur yang berbeza dan bunyi untuk meransang deria sentuhan, deria pendengaran dan perasaan selamat.


 3-6M

- Stacking rings, cubes, bola, dan squeaking toys (yang boleh picit2) untuk meransang 'fine motor skill'
   
 
 
Contoh Stacking rings dan squeking toys

- Pull Along Toys (yang boleh tarik) dan push toys untuk meransang kemahiran motor kasar (gross motor skill)
 

Contoh Push Toy and Pull along toy

- Activity cloth book dengan warna yang terang, tekstur, berkocek lain - lain untuk meransang ' eye - hand coordination' dan motor skill
- Activity playmates untuk meransanga genggaman tangan, bayi boleh pegang objek di playmates dan menggalakkan bayi untuk berguling.
- Drum dan mainan yang boleh bergerak, mempunyai muzik dan bertindak balas dengan sentuhan.

   

Cloth book lamaze ni memang best. Price RM30 ++            Contoh Activity Playmates


 6-9M

- Mainan yang boleh menggalakkan kreativiti dan kemahiran meneroka seperti Stakling Rings tadi, Stacking blocks dan Shape sorters. Permainan sebegini juga boleh menggalakkan koordinasi mata - tangan.

- Mainan yang mempunyai muzik, bunyi dan lampu
- Mainan yang mempunyai cermin (elakkan dari kaca dan yang mudah pecah) untuk penerokaan diri
- Activity playgyms atau tilam untuk menggalakkan bayi berguling - guling dengan selamat

9-12M

- Puzzle yang mudah dan shape sorter untuk lanjutan ransangan ketangkasan jari, koordinasi mata dan tangan seta kemahiran 'logical Intelligence'.
- Permainan yang mempunyai perkataan - perkataan yang boleh difahami untuk memperkenalkan perkataan seperti sing-along toys, musical toys dan hand puppets.
- Permainan yang mempunyai butang - butang (pastikan tidak mudah tanggal), clips, dan sebagainya untuk memperkenalkan kemahiran seperti memberseih dan dress up.


Friday, December 10, 2010

EDUCATIONAL TOYS

Hari - hari kalau ada masa lapang memang la keje akak dok survey educational toys untuk si Shafiyyah. Umur Shafiyyah baru setahun tapi dah banyak mainannya. sudahnya mak dier yang main.. heheh... nak beli mainan untuk anak ni actually ada guide line nya tau.. Jangan main beli aja, nanti membazir. so apa salahnya study sikit before beli mainan. Kalau kene cara, ia dapat meransang IQ anak2. Chewah dah macam pakar pulak akak ni.

Sebelum beli mainan tu, kena lah baca labelnya dulu. Sebagai contoh, mainan yang partnye kecil - kecil tak sesuai untuk kanak - kanak di bawah usia 3 tahun. Takut nanti bayi masukkan dalam mulut n tertelan pulak. Kan bahaya tu. Material mainan tu jugak perlu diambil kira. Banyak mainan yang murah dan datang dari China mempunyai material yang mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan anak kita. Macam Shafiyyah pun suka sangat masukkan mainan dalam mulut. Risau betul.

Dalam tempoh tahun pertama tumbesaran bayi akan membangunkan beberapa kemahiran awal yang boleh dipecahkan seperti berikut :

1. Gross Motor - Boleh mengangkat kepala, duduk, merangkak dan ada yang mula bertatih
2. Fine Motor - memegang objek seperti sudu, memegang objek kecil dengan 2 jari
3. Sensory - melihat, mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu
4. Langguage - Bayi akan mula membuat bunyi - bunyian, belajar beberapa perkataan dan memahami perkataan
5. Social - Keupayaan untuk bermain dengan ahli keluarga atau kanak - kanak lain.

Tetapi harus la kita ingat yer, setiap bayi tu berbeza. jadi tahap tumbesarannya pun agak berbeza. Jadi jangan la risau. Dalam tempoh setahun tu kalau bayi dah dapat develop skill - skill di atas, itu dah kira normal lah ye. Jadi sebagai ibu bapa kita boleh bantu dengan menggalakkan perkembangan tersebut. Salah satu nya adalah dengan memilih permainan yang betul untuk setiap peringkat umur untuk meransang perkembangan tersebut. Next entry nanti akak akan kongsikan apa permainan yang sesuai ok... adios :)

Wednesday, December 8, 2010

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU




Baru nak aktif berblogging. Dulu masa wat blog tak pandai sangat. ni baru nak start aktif dengan personal blog ni. huhu..So hopefully dapat la masuk blog En Ben yang sangat femes ni... huuhu...

Monday, December 6, 2010

Aktiviti bersama Shafiyyah

Last Friday dapat jugak p tengok cerita Rapunzel-A tangled tale. pukul 10.40.. lambatnyer,. tapi tiket dah habis kan.. so nak tak nak ambik jek la. sebab keinginan nak tengok citer tu memang meluap - luap.. heheh.. kitorang pegi Alamanda around 8.30. so makan - makan dulu... and beli slice cake to celebrate 1st birthday Shafiyyah ( actually birthday dier on 27.11, tapi bz.. lambat seminggu dah :(...

 Happy birthday sayang :) 













 She like pop corn so much!



the 3 of us :)



 ini budak pon baru first time tengok wayang.. haha.. my youngest sister....ko pon excited jugak kan.. tapi cover cun :)

Shafiyyah sangat excited dan bising.. hahah.. tapi separuh jalan jek.. lepas bagi susu terus tertido..dah lewat sangat.. hihi...lena lak tu tidonyer... but anyway, best giler cerita ni.. ok la untuk release tension. sangat sempoi dan scenary yang sangat cantik.. karektor yang sangat gorgeous dan cute.. like ittt.. awesom!

p/s: charger camera rosak.. terpaksa pakai hp jek.. huhuhu

saper yang belom tengok.. cepat p tengok.. dont miss it!!