Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG


BEN ASHAARI

Nak join? Klik Banner En. Ben kat atas..  :)

69.47

Tension hari ni sebab bila cek markah LNPT - adalah sangat rendah dan sangat tidak logik. Tak tau la nak cakap apa tapi saya (tetibe saya, takde mood la dey) telah menghantar karangan ala2 UPSR kepada bos untuk penilaian semula. Apabila bekerja, kita haruslah menjadi lebih profesional dan bijak membuat keputusan.



SAY NO TO KAKI KIPAS!!
Puan,


Saya sangat tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan oleh puan kepada saya iaitu 69.47. Markah tersebut terlalu rendah dan saya merasakan saya layak untuk mendapat markah yang lebih tinggi. Saya mempunyai kemahiran dan pengetahuan sewajarnya dalam bidang kerja sekarang. Prestasi aduan di bawah seliaan saya adalah sangat cemerlang. Untuk makluman puan, beberapa artikel saya pernah disiarkan di Berita Harian dan saya juga mampu untuk menulis dengan baik tetapi puan seolah – olah menidakkan hasil kerja saya. Saya mengalah kerana menganggap puan adalah Ketua walaupun kadang kala tindakan puan tidak munasabah. Adakah kerana saya mempunyai masalah komunikasi dengan puan, ia menjadi faktor utama untuk puan mengukur prestasi saya. Bagi tahun 2009 saya telah mendapat markah sebanyak 90. Saya tidak mengharapkan markah sebanyak itu namun berharap ia adalah markah yang wajar tanpa diskriminasi.

Puan juga nampaknya tidak bersetuju dengan markah yang telah saya berikan pada N***** iaitu 85.67, malah puan merasakan beliau layak mendapat markah yang lebih tinggi. Bagaimana pula dengan markah yang telah puan berikan kepada saya iaitu hanya 69.47? Secara jujurnya saya tidak merasakan N***** layak menerima markah tersebut. Dia bukan sahaja mempunyai masalah dengan saya malah dengan semua kakitangan U**. Puan sendiri sedia maklum apa yang telah beliau dan puan lakukan terhadap kami. Bagaimanapun atas dasar profesionalisma saya mengetepikan perkara tersebut kerana saya tahu markah ini akan memberi impak kepada kemajuan kerjaya beliau di masa hadapan. Adakah kerana dia mempunyai hubungan yang baik dengan puan dan telah membodek puan dengan sedaya upaya maka puan merasakan dia paling cemerlang di unit ini? Untuk makluman puan, saya langsung tidak peduli jika puan mempunyai anggapan sedemikian cuma saya berharap puan dapat berlaku adil kepada kakitangan lain di U** ini.

Saya telah berusaha untuk bekerjasama dengan puan. Namun markah yang telah puan berikan adalah sangat rendah dan akan memberikan impak yang sangat buruk kepada kemajuan kerjaya saya. Saya berharap puan dapat mempertimbangkan perkara ini sewajarnya atau saya terpaksa membawa perkara ini kepada pihak atasan bersama bukti dan saksi terhadap niat Puan dan N***** untuk menjatuhkan saya. Saya berharap kita dapat bekerjasama dengan tenang dan professional untuk kebaikan kita bersama. Janganlah kita jadi seperti Peribahasa Melayu ‘TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT’. Renung – renungkan. 

Tuesday, January 18, 2011

PRINCESS*PINK*PRINCESS*PINK~~

Bila ada anak perempuan, automatik kita akan suka benda benda yang berkait dengan princess and pink ni. Semua baju dan aksesori kalau boleh nak warna pink. Termasuk la kasut, cekak, sepit rambut, bag, botol susu, jam, dan sebagainya. Hatta cawan, pinggan, sudu dan garfu juga nak warna pink. Pendek kata semuanya haruslah bewarna pink. Yang peliknya kadang kadang mak lagi exited daripada anak.. hehehe.. akak pon sama la dik non oi, mengalahkan anak exitednya.. kadang - kadang dekstop kat opis pun nak tema - tema pink and princess.. ikut mood la tapi most of the time mesti la gambar anak yang terpampang kat skrin tu kan... Nak masuk rumah baru hujung tahun ni, tengah berangan - angan untuk deko bilik Shafiyyah.. hehe.. Bilik die dulu, bilik ummi dengan ayah later k. :) dengan gagahnya akak telah berjalan jalan di alam maya dan terjumpa beberapa gambar di google yang telah menyentap sanubariku ini.. aduh!

Modern-pink-princess-bedroom-with-screen

Design ni cantik kan, just simple and sweet.

Luxury-princess-bedroom-idea-with-blue-walls

Ni pon cantik tapi katil tu mana nak cari. Kalau ada pon tak mampu kot.

Luxury-pink-princess-bedroom-with-white-furniture

Ni pon ok. tapi macam mahal jek set cabinet and katil tu semua kan.

Barbie Princess Room from Doimo Cityline

Barbie theme. Cantik, cantik!! suka sangat : D


Like..like...like..like it!


oh..oh.. kalau anak Kimora leh la dapat custom made macam ni kan.

Disney Princess White 2 Pc Computer Desk and Hutch

Eh nak meja ni.. ada ke? hehehe


Dalam keterujaan yang melampau pon kene pikir jugak kan. Pertamanya budget dan yang keduanya kesesuaian. Adakah sesuai kalau anak dah besar. Yer la mungkin kita boleh beli perabot yang boleh dipakai lama. Kalau beli yang terlampau fancy sangat nanti tak sesuai pulak. Takkan la perabot tu masih elok kita dah nak tukar yang lain kan. Yerla sebagai orang kebanyakkan kita ni tak akan membazir tak tentu pasal. Lain la kalau ada duit berbilion bilion and tak tau nak buat ape dengan duit tu kan (Bestnyer). heehe.. ape pun yang penting biarlah 'alah membeli menang memakai'. Jangan malas nak survey dan buat sedikit rujukan. Biar kita penat sikit tak mengapa asalkan tidak menyesal di kemudian hari. Sekian...

Friday, January 14, 2011

Jumaat Yang Hening



Selalunyer hari Jumaat memang sangat best. tapi hari ni ada kurang sikit. Sebab ada banyak keje (keje yang susah ok!) dan petang ini ada meeting lagi (Kenapa hari2 perlu meeting ha??)...

Dah 11.57 tapi satu ayat pun belum taip untuk keje yang susah itu (keje yang senang dah setel). sungguh takder mood..Esok dah cuti (yay!!!) tapi belum ada plan lagi nak kemana mana. Idea please!~ seronoknyer kalau banyak duit kan (again talk about money!!) boleh la p meronda ronda shopping.. hehe.. dah tentu akak akan singgah Butik Puteh kat damansara tu.. dah lama dok usya gambar jek ( tu je yang  mak mampu nyah!) ----> kesian kan :). Hajaba kat Alamanda pun boleh la.


Agak2 nampak tak lemak2 ku kalau pakai baju ni?


Yang ni pon cantek.

ni pon best jugak!


Designed by Rizalman Ibrahim yang superb for Puteh Boutique!!

Sumber gambar : Biasa la google!

Thursday, January 13, 2011

UPDATE BLOG

Aduh.. dah lama tak update blog. Aperlah hangat2 chicken shit jek.. bz yang teramat sejak dua menjak ni. macam mana la orang boleh update blog sehari sampai 4, 5 entri. Sungguh hebat mereka itu. Kadang - kadang ada idea nak mengarang, masa pulak yang takder. Tapi time ada masa, idea pulak yang takder..aduhai!

Hanya berjaya menukar header jek (header syok sendiri). heheh.. Pagi tadi meeting, petang ini meeting lagi. Bila nak buek keje ni kalau asyik meeting aje. Nak update blog lagi la ketandusan masa kan. balik umah karang sebok pulak dengan Syafiyyah yang semakin lasak tu. Semua benda dalam rumah nak dikemasnya. Aduh!! mak penat nyah!!!

Cantik Pulau Sipadan ni kan

Terpikir nak pegi bercuti. Kalau la akak ni kaye dik non, sekarang juga akak fly kemana mana pulau untuk merehatkan otak (mesti ada spa - boleh urut2 badan). aduh seronoknyer. tapi bila mengenangkan gaji yang tak seberapa ditambah beban hutang yang berlambak2 dah macam longgokan sisa bahan buangan.. terpaksa lah membatalkan hasrat murni tersebut.


Wah sedapnya kene urut...

ok ler nak p makan.. jap lagi nak p meeting.. adios!

Besarnyer tembikai!!!