Thursday, March 31, 2011

Lidah Bercabang VS Talam 2 muka


Memang sangat tertekan dan sakit hati bila berhadapan dengan orang yang macam ni kan. Rasa macam nak lepuk2 jek muka dier. Geram sesangat sampai kadang2 tengok muka dier pon kita tak mau. Bikin spoil jek beb.

Actually orang lidah bercabang dan talam 2 muka ni lebih kurang aje. kerana kedua - dua golongan ini boleh menyebabkan sistem penghadaman kita terganggu. dan daya pencernaan juga akan terjejas. dah la malas nak cakap banyak sebab memang ada budak macam ni kat opis ni yang menyakitkan hati aku!! (bila sakit hati mesti gunakan aku, supaya lebih feel!!)

ok la meh nak share something yang dapat secara online gak daripada episod baru. Jom  kita sharing :

Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.


Lidah bercabang bermaksud Percakapan yang berubah-ubah dan tidak boleh dipercayai.

Lidah Bercabang memang menakutkan, tapi memang wujud insan2 seperti ini. Di depan tampak manis, bercakap pun lembut gigi dari gusi tapi di belakang kita hanya Tuhan aje yang tahu. Orang seperti ini bersandarkan alasan hendak cuba ‘please’, tinggalkan ‘good impression’ dan ambil hati semua orang… tak nak bermusuh2… tapi tanpa disedari, golongan ini lah yang selalunya menyebabkan pergaduhan dan perselisihan faham.

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Pasai aku kata merbahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin.
Jenaih yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari.

Manusia talam dua muka ini sebenaqnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita.
Talam dua ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.


Talam muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!

Setia la sangat, tapi belakang bukan main. bercakap macam apa yang disampaikan tu betul. tak fikir apa dah. Apa yang insan2 ni tau, dia blh sampaikan apa yang dia nak sampaikan tanpa dia sedar apa yang dia sampaikan itu boleh mengundang pergaduhan yang besar. orang yang tidak ada kena mengena pun terbabit sama disebabkan lidah yang bercabang 14 tu.


Satu lagi simpulan yang boleh dipasangkan dengan lidah bercabang ni adalah talam dua muka. Si pulan ni memang blh geng, kalau takde salah satu memang tak cukup sifat la insan2 tu..simpulan bahasa tersebut ialah yang membawa maksud ‘Talam dua muka‘

Talam Dua Muka Agak sukar bersemuka dengan golongan ini jika sebarang konflik timbul. Kerana sudah tentu mereka akan tonjolkan diri mereka yang terbaik di hadapan kita dan tidak mahu mengakui kesilapan mereka. Nasihat-nasihat yang diberikan ya Allah, mengalahkan kaunseling bertauliah. Bila dah dijerat kerana lidah yang bercabang 14 tu, mula la tunjuk sedih. mintak maaf sana sini. Mereka akan kata “ya, saya mengaku mungkin ada kesalah dari pihak saya”, tapi hello… mereka adalah talam dua muka @ lidah bercabang… Adakah anda rasa anda boleh 100% benar2 mempercayai sebarang kata2 yang terbit dari mulut mereka?

Mungkin ya… kerana kita harus sentiasa memberi peluang kepada mana2 pihak untuk membela diri mereka dan bersuara. Cuma jika kalau kata2 dusta dari mulut mereka mudah terucap seperti air yang mengalir, hmm… fikir2 kan lah…


Namun begitu, kita harus juga mengambil kira semua kata2 mereka. Cuma, yang penting kita haruslah berhati2 dan tidak boleh mempercayai bulat2 segala kata2 mereka… Nak atau tidak, rasa syakwasangka terpaksa ditimbulkan untuk mengelakkan diri kita dari dianiayai dan tertipu.

Apa yang saya boleh rumuskan dari artikel di atas ialah, Allah sentiasa berada pada pihak yang BENAR...Mengapa?Dia tahu segalanya..Dia telah beri jalan yang baik berdasarkan pada alasan yg diberikan oleh si pulan kepada si pulan yang lain...tetapi bila sudah dapat mengatasi alasan tersebut dengan izin Allah, wujud pula alasan lain....mengapa semua ni selalu terjadi....Hanya Allah lah mengetahui agenda seseorang kecuali yg tidak baik dan Dialah yg akan membalasnya satu hari nanti...Allah beri cash pada semua orang atau makhluk yang mempunyai niat tidak baik pada seseorang...masyaallah....Berilah petunjuk kepada golongan ini supaya mereka sedar dan keturunan mereka juga tidak seperti mereka....

 


Dan golongan ini bukan hanya di peringkat umur tertentu, bidang profesional atau tidak, tetapi gologan ini berada dalam semua jenis dan peringkat....Ya Allah, jauhilah golongan ini kerana golongan ini akan merosakkan masyarakat....
Sesungguhnya kami hambaMu yang sangat LEMAH....

Ingatlah bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucap akan diperjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredhai Allah akan dicatit, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatit atas kemurkaan-Nya sampai hari qiamat.

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang pa-ling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".

Kemudian Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir? (Surah az-Zumar ayat 32).

Maka, bermaafanlah sebelum terlambat...

Wednesday, March 30, 2011

GA - Senyuman Si Cilik


Tengah standby kat opis ni.. asyik teringat Shafiyyah jek. tetiba jumpa contest ni. Join la apa lagi :)
So sape2 nak join jom ler. Klik jek Banner kat atas ni ok :)


Nama anak : Dhia Shafiyyah Binti Razif
Nama ibu : Fauziah Binti Abdullah
Umur Anak : 1 Tahun 4 bulan
Tarikh Lahir : 27.11.2009

Saya Mau tag :
 
Semua gang blogger :)

Tuesday, March 22, 2011

First GA Sempena Ulangtahun ke 10..Si Manja Chumil Bertudung / Berbaju Melayu



First time nak join GA :)  
Saper nak join sila klik banner yer..
Tarikh tutup : 10 Mei 2011


NAMA PENUH:  DHIA SHAFIYYAH BINTI RAZIF
TARIKH LAHIR : 27 NOVEMBER 2009

UCAPAN KHAS UNTUK ANAK :
Semoga Shafiyyah membesar dengan sihat dan ceria. Jadi anak yang solehah dan berguna pada Agama Bangsa dan Negara.. Ummi sayang sangat dengan Shafiyyah tau!
Referrel : Google :)

Saya Tag :


Monday, March 21, 2011

Merlin - Episod 12


Macam biasa selepas melayan mentor (Salma best!).. aktiviti wajib adalah menonton drama kegemaran iaitu Merlin.. Semalam dah episod 12 (kalau tak silap la kan). tak sangka episod malam tadi akan reveal averything. termasuk la si Morgana!

Sir Leon sembuh selepas minum air dari the Cup Of Life


Kisahnya bermula apabila tentera Camelot telah memasuki sempadan kawasan jajahan Cenred dan mereka semua telah terbunuh. Kesemua kesatria telah tumpas termasuk la sir Leon. Tanpa disangka sekumpulan Druids telah menemui mereka dan Sir Leon yang nyawa - nyawa ikan. Jadi dengan menggunakan Kendi yang bernama Cup Of life (Macam lagu Ricky Martin pulak) beliau telah dapat diselamatkan dan pulang ke Camelot dengan selamat.

Misi Athur dan Merlin

Walaupun gembira dengan kepulangan tersebut, Uther merasa bimbang kerana bencana yang amat dasyat akan melanda jika The Cup Of Life jatuh ke tangan musuh. Oleh itu beliau telah mengarahkan Athur untuk melaksanakan satu misi rahsia untuk mendapatkan kendi tersebut. Tanpa disedari Morgana telah mendengar perbualan mereka.

Athur dengan ditemani oleh Merlin telah menuju ke kawasan jajahan Cenred dimana Druids telah menyelamatkan Sir Leon. Namun begitu mereka telah ditangkap oleh Jarl, seorang pedagang hamba dan merupakan sekutu Cenred. Dengan bantuan Gwain, mereka telah berjaya melepaskan diri dan meneruskan misi untuk mencari The Cup Of Life.



ohw.. kesian pulak tengok Uther.. huhuh


Morgana dan Morgause telah berjaya merampas takhta Camelot

Malangnya, setelah berjaya mendapatkan kendi tersebut dalam perjalanan pulang ke Camelot mereka telah diserang oleh orang - orang Cenred dan The Cup Of Life telah dirampas. Morgause telah menggunakan kuasa The Cup Of Life dan membentuk seangkatan bala tentera yang hidup kekal abadi. (Oh kesian, Cenred telah dibunuh oleh Morgause). Immortal army ini telah berjaya menawan Camelot dan uther telah ditangkap. Morgana pula telah merampas takhta dan memerintah Camelot. Namun, Merlin, Athur dan Gwaine selamat dan sedang merancang untuk menyelamatkan Camelot..... Bersambung..


Tunggu minggu depan... Saksikan kemunculan Excalibur dari tasik Avalon..

Wednesday, March 16, 2011

RENUNG - RENUNGKAN

 
 
Kejadian terbaru Tsunami di Jepun


Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila berlaku 15 perkara itu, tunggulah datangnya malapetaka berupa taufan merah (kebakaran), tenggelamnya bumi dan apa yang di atasnya ke dalam bumi (gempa bumi dan tanah runtuh) dan perubahan atau penjelmaan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain” (Riwayat Tirmizi, 2136)


Allah berfirman yang bermaksud: “Timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah mahu rasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” (Ar-Rum: 41).

15 perkara penyebab datang bala Allah“Daripada Ali bin Abi Tholib R.A. Rasulaullah SAW bersabda: Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala pasti akan turun ke atas mereka:

1-Apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu sahaja
2-Apabila amanah dijadikan sebagai satu sumber keuntungan
3-Apabila zakat dijadikan hutang
4-Apabila suami memperturutkan segala kehendak isteri
5-Apabila anak derhaka kepada ibunya
6-Apabila anak-anak hanya mendengar cakap kawan-kawannya
7-Apabila anak-anak menjauhkan diri daripada bapanya
8-Apabila suara ditinggikan di dalam masjid
9-Apabila orang yang menjadi ketua bagi sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di kalangan mereka
10-Apabila seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11-Apabila arak sudah diminum di serata tempat
12-Apabila kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13-Apabila artis disanjung dan dimuliakan
14-Apabila muzik banyak dimainkan orang dan
15-Apabila generasi akhir umat melaknat dan menyalahkan generasi para sahabat

Hadis diriwayatkan oleh Tarmizi.

Tuesday, March 15, 2011

APA NAK JADI DENGAN RAKYAT MALAYSIA??

Aduh.. sungguh kecewa.. korang baca la sendiri kat saifulislam Tsunami akal dan budi di tanah air sendiri ni.. memang mentaliti masyarakat Malaysia semakin mengarut. semakin hilang jati diri.. semakin tamak, semakin dangkal dan cetek pemikiran, semakin hilang nilai kemanusiaan. salah siapa????


GADIS BERTUDUNG DARI BRUNEI (BUKAN M'SIA OK!!) MENANG MISS ASEAN TV 2011

Ohw sapa kata pakai tudung tak cantik??? Gilo ko>??? Tengok la pic Miss Brunei Putri Norizah Binti Ibnoriza ni. cantik dan sweet sangat kan. Beliau telah memenangi Miss ASEAN TV 2011. Pertandingan ini telah diadakan di Vietnam. So lepas ni penganjur2 pertandingan Ratu Cantik sila jangan buat sesi - sesi menayang badan dan mendedahkan aurat ye!!


Cantik dan sopan gitewww!!


Miss Malaysia, Noorsamsheena Binti Samsudin menang Best in National Costume.
Baju Cik Siti Wan Kembang ni memang selalu jadi pilihan untuk pertandingan ratu cantik kategori NC kan.



Sumber : cutecarry

Monday, March 14, 2011

MERLIN - MY FAV SHOW ON TV EVER!


ini adalah posting minggu lepas. tapi tak sempat nak publish Nusery call my little Shafiyyah tak sihat..

Title boxku sudah jumpa. So kalau ini terjadi kepada anda sila tengok kat setting. Saya pun tak tau bila tah tukar setting tu. Tiba - tiba aje kan.


Eh eh ok.. ni nak citer pasal MERLIN. Ala dah berapa episod dah kan, baru nak story. Actually Merlin ni dah masuk season 3. Memang tak miss melayan Merlin ni sejak season 1 lagi. Memang sangat best dan syok melayan cerita ini.


Kalau anda adalah peminat cerita - cerita epik dan dongeng maka silalah layan cerita Merlin ini. Ok preview sikit. Merlin ni actually mengisahkan tentang kerajaan Camelot yang dipimpin oleh raja yang bernama King Uther Pendragon. Uther telah mengharamkan semua jenis bentuk sihir di dalam takhta kerajaannya. Masa season 2 (kalau tak silap la) ada menjelaskan kenapa Uther ni benci sangat dengan Magic dan ahli sihir. Ini kerana Uther telah membuat perjanjian dengan seorang ahli shir bernama (Nimueh kot) untuk mendapatkan seorang putera. Tetapi sebagai gantinya isterinya Ygraine telah meninggal. So maknanya Uther telah menggunakan kuasa sihir untuk mendapatkan anak tetapi dia tak tahu isterinya dijadikan sebagai galang ganti. Uther rasa tertipu dan sejak itu beliau telah membenteras sihir dan semua ahli sihir telah dibunuh.

Merlin yang sangat kurus tetapi sweet

Athur yang hensem!

Merlin pula seorang ahli sihir yang mempunyai kuasa luar biasa. Dia adalah orang suruhan kepada Prince Athur (Anak Uther). Merlin dijaga oleh ahli Fizik Istana iaitu Gaius (Richard Wilson). Gaius ni adalah kawan kepada mak die. Gaius ni dulu sebenarnya ahli sihir tetapi terpaksa menyembunyikan kuasa and die keje buat2 ubat n penawar je kat istana tu. Merlin ni menjadi harapan kepada dunia ghaib untuk mengembalikan magic di Camelot. Dia dah ditakdirkan untuk melindungi Athur dan memastikan Athur akan menjadi raja di Camelot. dengan cara itu amalan sihir akan kembali di amalkan. Dalam cerita ramai sangat ahli sihir dan tak semua jahat. Ada antara mereka yang menggunakan magic tu untuk tolong orang dsb.

Love the face.. Gaius yang comel.. hehe



Morgana telah bertukar menjadi jahat dalam season 3

Kalau season 1 dan 2 kita saksikan Morgana (Katie McGrath), anak jagaan Uther adalah sangat baik dan secara perlahan2 menyedari bahawa dirinya juga mempunyai kuasa magic. Season 3 ni menyaksikan Morgana betul2 jadi gunting dalam lipatan. Sangat jahat ok! Dia dan kakak tirinya Morgause merancang untuk menghancurkan kerajaan Camelot. Dan apabila mendapat tahu bahawa bahawa dier adalah sebenarnya anak Uther dan Vivian (ahli sihir), mereka merancang pula untuk merampas tahkta daripada Athur.. yang ni memang geram!!



Pengembaraan diteruskan

Musim ketiga ini juga diserikan lagi dengan kehadiran para pelakon undangan hebat dan ternama, termasuk empat pelakon dari filem Harry Porter seperti Harry Melling (The Harry Potter Series) sebagai Gilli, rakan Merlin, Warwick Davis (The Chronicles of Narnia) akan memegang watak sang penghuni jambatan, Grettir manakala Miriam Margoyles (Being Julia) sebagai Grunhilda dan diikuti dengan Mark Williams (The Fast Show) yang menyumbangkan suara latar bagi watak Goblin.

 
Morgause n Cenred
Pelakon undangan dari musim sebelumnya seperti Emilia Fox (The Pianist, Ballet Shoes) yang memegang watak Morgause dan Santiago Cabrera (Heroes, Che) sebagai Lancelot juga akan kembali menemui peminat di dalam musim ini. Tidak ketinggalan, suara latar Naga Hikmat akan kembali dihidupkan oleh pelakon lagenda, John Hurt.

Jadi, untuk saksikan drama yang penuh dengan aksi, persahabatan, percintaan dan magik yang pastinya mendebarkan, jangan lupa setiap ahad jam 10.30 malam di TV3 (Promo free). Yang pasti setiap episod akan membawa kita ke dunia penuh cabaran dan menyeronokkan. Dont miss it!

Tuesday, March 8, 2011

Kemana hilang title box ni. Dari semalam bila tulis entry kat rumah takder title box. ingatkan sebab line celcom broadband yang sewel tu. sekali kat opis pon takder jugak.. manaaaa? manaaa? manakah title box saya!

Monday, March 7, 2011

Aduhai.. dah lama tak update blog. kat opis ni ada problem pulak. bila tekan je new post loading punyerlah lama. Aduyai..

Hari ni cuti sebab my little shafiyyah demam. bukan demam aje tapi cirit birit dan muntah2. yang tak syoknyer bila cuti ni ada banyak keje nak kene buat. pulaknyer hari ni cik Puan Bos Datin kat opis tu cuti.. cuti seminggu lak tu, cuci rahim katanyer. aik nape ek orang cuci rahim setau saya sebab gugur. aik sungguh heran ni. aperpun best jugak mem besar tu cuti seminggu.. yang tak bestnya kalau ada meeting terpaksa la saya yang masuk kan. huhuu...

sehari kat rumah hari ni dok menyetelkan SKP. yang jadi lama nya sebab line yang problem dan ditambah pakai webmail yang sangat la lecehnyer. nak attach nak forward pun payah.. kene save fail one by one baru ok.. ohhwoohohoa.. sungguh tak best..

tapi ada masa la pulak dok membuat decal switch cover. ini adalah hobi baru saya iaitu mengunjungi kedai kedai english deco ni. minggu lepas dah berjaya menghabiskan beberapa ketul duit di kk home deco n romantika. minggu ni tak berjaya meneroka mana mana tempat. plan asalnya nak pegi survey perabot kat nilai tapi shafiyyah tak sihat. so terpaksa la pendamkan sahaja hasrat murni tersebut.

ohw saya telah berjaya mendecalkan beberapa pcs switch cover. nanti nak tepek kat koleksicomel. cantik letak kat bilik anak. ada la beberapa item lain yang memang comel. most of them bertemakan cupcake. wah i like cupcake. tetapi memandangkan laptop ini bengong, esok jek la letak pic hasil kerja tersebut yer....