Thursday, February 17, 2011

Cara Meredakan Kembung Perut Bayi

Sekarang ni selalu ada staff I&P hantar email yang bertajuk Inovasi Dalam Penyelesaian Permasalahan Harian. So ada macam2 tips berguna yang diberi. Daripada membazir baik share kat sini kan. Layan..


Cara Meredakan Kembung Perut Bayi – Cadangan Penyelesaian

TANGISAN anak adalah penawar dalam kehidupan sesebuah keluarga, namun pernahkah anda mendepani keadaan bayi menangis tanpa henti sehingga membingungkan anda?
Puas dicari puncanya.Bayi dimandi, disuap makan sehingga dibelek dan disapu minyak seluruh badan namun si manja tetap menangis.
Tetapi apabila ‘diketuk’ sedikit perut kecil si manja, kedengaran seperti bunyi agak asing, rupanya terkena kembung perut,

Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam.
Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan.
Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara dua minggu dan enam bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia dua tahun atau lebih.
Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa sama ada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.
Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

· Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda mennyusukan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.

· Ibu bapa boleh berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :

Ø Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

Ø Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

Ø Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.

Ø Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.

Ø Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.

Kongsi sebarang penyelesaian yang anda fikirkan bagus untuk menyelesaikan permasalahan ini bersama rakan-rakan kita.

Ilmu Yang Baru Membina Insan Yang Bermutu
Sumber diperolehi dari http://www.bharian.com.my/

Kalau macam ni bukan kembung tapi cacing.. heheheh

Monday, February 14, 2011

COSWAY MAKE OVER

Hari sabtu lepas akak cosway call ada free make over katanya. Hari ambik barang RM240 (wpun baru bayar separuh kat akak tu) hehe.. so dapat la buat make over.. aper lagi bergegas la menuju ke COSWAY. Hehehe..

Actually make up dier simple aje.. biasa2 je.. tak cover pun bekas jerawat yang bermastatutin kat mukaku ini. Tapi free layankan aja. Alamak memang la free tapi dier caj pulak bulu mata pelesu tu sampai RM 15.
lepas posing sakan buat wax pulak kat gambar tu supaya tahan lama. Kene caj lagi RM10. Melayang RM 25. Posing banyak tapi pilih satu jek yang berkenan di hati untuk di print kan. Kat sini la rahsianya, touch up gune photoshop. Apalagi gebu lagi la dik non oi.. ok la berbaloi dapat pic saiz A4.

Jeng...jeng..jeng.. ini lah hasilnya


Mak aih ni memang betul2 over. Terlampau2 gebunya. hahaha.. Tapi nak soft copy kene bayar RM70. Tak kuasa akak. Layankan aje gambor scan ni :)

Wednesday, February 9, 2011

CUTI CUTI ENDAU 2

Aduh banyak nak citer.. tapi vocab kurang hari ni. So layan gambar jek la yer. heheh.. Actually lepas Majlis pertunangan tu, kitorang beramai - ramai gerak balik ke Endau semula. Yerlah bukan selalu dapat berkumpul adik beradik kan. Inilah masanya (Walaupun Nana dan Milah sebok main FB) maklumlah mak dah masuk streamyx, wireless lagi tu. Jadi semua laptop boleh online. Tapi aku tetap malas nak berblogging. hhee.. layan feeling jek kat kampung. Nasib baik hujan dah tak turun, so boleh lah kitorang beraktiviti. Ingatkan nak pegi mandi - manda di Pantai Penyabung tapi memandangkan musim hujan so kitorang ada perasaan seram sikit plus air mesti keruh kan. Jadi aktiviti petang tu adalah mencari lokan. Best sangat kalau buat sambal. lagi sedap daripada kerang tau.

Lokan adalah dalam spesis kerang - kerangan. Hidup di dalam lumpur di kawasan paya bakau. Kalau nak cari lokan ni biasanya kami akan guna parang dan kalau berbunyi macam 'ting' (ye ke ek, ala macam bunyi besi terkena besi or kaca) maknanya dah terkena la kat cengkerang lokan tu. So kutip masukkan dalam rajut or guni beras. hehe. Kalau time nak balik tu air pasang, boleh la kutip siput sedut sekali.. Siput belitung pun ada banyak pada sesapa yang pandai makan boleh la kutip ni sekali. Seronok kan dok kat kampung.

 Aksi selepas mencari lokan


 Alahai En Razif ni menang kat gaya jek la

 Besarnya api.. tak sabar nak tunggu masak. Sedappppp!


Pencari dan pembakar lokan

Hasilnya kali ini tak begitu memberansangkan. Otai - otai tak dapat nak follow. En Ajib pun dah tak tahan dok dalam lumpur lama - lama. So we all bakar je. Still sedap. Next time nak p cari lokan kene pegi pagi2. Kalau petang masa dah suntuk.. Apepun best sangat balik kampung!! 

*Kaum wanita dok umah je kali ni. Jaga anak.*

CUTI CUTI JB PULAK

Hari khamis, 3 Januari 2011, adalah majlis pertunangan Wan dan buah hatinya Sue. So selaku planner penatnya nak plan jadual diaorang ni.. aduhai.. hari Selasa balik umah mak mertua jap kat kota (Cuti kan seminggu, bagi2 la. huhuhu). Kitorang tunggu rombongan kat JB je senang cite. Tapi Abang Man kene keje pulak, terpaksa la Kak Tie dan anak - beranaknya naik bas menuju ke JB. So malam tu dia orang ramai - ramai tido umah wan. Dan kitorang juga telah berjaya mengepau Nana untuk belanja makan steambot (betul ke eja ni). Wah dah lama tak menikmati Steambot dekat Dataran JB ni. Teringat zaman - zaman belajar kat UTM dulu.


Muka ceria Nana sebelum kene Paw.. hahah

Shafiyyah Excited..semua orang layan die

bestnya steambot kat gerai no (tak ingat). hehe

 Tak sia2 aku datang JB naik bas. hehe


*TQ Nana for the treat, next time belanja lagi taww*

On the next day kitorang berkumpul ramai2 kat umah Wan. Mak, Pak Noja (Jurucakap kami yang di import khas dari Endau), Pakteh dan Makteh sampai lebih kurang pukul 12.00. Selepas Zohor kitorang bertolak ke rumah Sue kat Taman Perling.

Singgah Masjid dulu.. susun2 hantaran 

 Flower Girl

 Rombongan kami yang diketuai oleh Pak Noja

Wan & Sue
Selamat Bertunang! Moga berkekalan hendaknya.. Amin

CUTI CUTI ENDAU 1

Memandangkan cuti kali ni panjang iaitu Selasa(Hari Wilayah), Khamis & Jumaat (Raya Cina), jadi kitorang ambik keputusan untuk pulun seminggu balik kampung. yiiihaaa... Hari Sabtu, 29 Januari kitorang bertolak balik lalu Senawang (jimat - tol 5.70 je). Tapi jalan kampung la kan. Mengambil masa lebih kurang 5 jam, sebab hujan sangat lebat so tak boleh nak drift :).

Aduh sekali balik Endau tak boleh nak pegi mana - mana la. hujan dari pagi sampai ke malam. Nasib baik tak banjir. Tapi malam2 En Razif terpaksa alihkan kereta n zamree alihkan motosikal roda tiga emak letak kat jalan. Tak lena tido mengenangkan air oiii.. kot tengah lena tetiba semuanya tenggelam, kes naya tu!


  Banjir ala ala jer :)


Banjir2 pun ada orang tadi (Kak Tie n co)

 Aisyah, pengutip telur berjaya


Tinggal 4 biji je. Yang lain telah dicuri kera :(

Friday, February 4, 2011

CUTI CUTI CINTAKU

Hehehhe...

Sangat seronok bercuti di kampung. Walaupun agak kepenatan kerana jadual yang padat dengan pelbagai aktiviti tetapi sekurang - kurangnya dapat merehatkan minda dengan suasana kerja yang nampaknya memang sangat negatif dan tidak memberansangkan.

Pulaknya melayan adik yang bertunang (kecoh macam nak kawen.. hahaha).. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.. Sahlah sudah Norsyuhada menjadi tunangan Mohd Riduan.. erm.. both of you, semoga berkekalan hendaknya okeh..

Sekala sekala balik kampung macam macam nak buat tapi masa tu macam tak cukup aje kan.. yang bestnya di kampung ni kita duduk - duduk kat rumah pun terasa best. Apetah lagi duduk di beranda yang tidak berdinding sambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa... wah..wah.. sangat seronok dan nyaman!!

Kalau last time kitorang bersuka ria di Pantai Penyabung ni kejap lagi nak meredah belukar mengharung selut mencari lokan pulak.. hehe.. ok lah later will update together with all the picture okey. bye...