Friday, August 12, 2011

Oh Embun

Di bulan - bulan puasa ni, tiada lunch waktu tengah hari. Lunch memang la tengah hari kan. So untuk mengisi masa lapang, saya menjamu mata dengan melayari encik google. Tiba - tiba keterujaan untuk menghias rumah meluap - luap dengan sangat hebat.

Mula - mula melayan landskap untuk halaman rumah yang sangat ciput itu sambil berangan - angan untuk mengaplikasikan ke rumah baru nanti. Kemudian melayan pulak design - design ruang tamu yang memang cantik dan indah di pandangan mata.. Kalau la duit banyak kan. Macam - macam boleh buat.

Apa pun bersyukur lah kamu dengan apa yang ada. Dapat beli rumah ni pun dah besar rahmat. Dijangka dapat kunci pada 11 Disember 2011. Dah tak lama tu. Kene berjimat - jimat. Yang penting kene pasang grill dulu..then yang kedua penting adalah kabinet dapur.. of course lampu, kipas n wiring pun. Perabot.. emmm.. last thing kot. pakai yang lama dulu atau hamparkan saja tikar mengkuang untuk tetamu yang bertandang. Konsep tradisional gitu. Tapi tetap berangan - angan nak build in wardrobe. Sekarang duduk kuarters dah disediakan wardrobe. So nak tak nak memang kene beli.

Inilah dia rumah yang telah dibeli di Enstek. Lot Embun....


 Pandangan hadapan. Tapi rumahku Intermediate lot okeh. kat tengah2.

 
 Ruang tamu n makan yang ala kadar aje. Sempit. huhu

 Kalau banyak duit boleh la beli perabot Lorenzo macam rumah contoh ni. Ohw sungguh ku tak mampu..

 Porch depan..

Dapur yang comel. Jadi sila jangan berangan nak buat island ok.. huhu sedeyyy...