Monday, March 21, 2011

Merlin - Episod 12


Macam biasa selepas melayan mentor (Salma best!).. aktiviti wajib adalah menonton drama kegemaran iaitu Merlin.. Semalam dah episod 12 (kalau tak silap la kan). tak sangka episod malam tadi akan reveal averything. termasuk la si Morgana!

Sir Leon sembuh selepas minum air dari the Cup Of Life


Kisahnya bermula apabila tentera Camelot telah memasuki sempadan kawasan jajahan Cenred dan mereka semua telah terbunuh. Kesemua kesatria telah tumpas termasuk la sir Leon. Tanpa disangka sekumpulan Druids telah menemui mereka dan Sir Leon yang nyawa - nyawa ikan. Jadi dengan menggunakan Kendi yang bernama Cup Of life (Macam lagu Ricky Martin pulak) beliau telah dapat diselamatkan dan pulang ke Camelot dengan selamat.

Misi Athur dan Merlin

Walaupun gembira dengan kepulangan tersebut, Uther merasa bimbang kerana bencana yang amat dasyat akan melanda jika The Cup Of Life jatuh ke tangan musuh. Oleh itu beliau telah mengarahkan Athur untuk melaksanakan satu misi rahsia untuk mendapatkan kendi tersebut. Tanpa disedari Morgana telah mendengar perbualan mereka.

Athur dengan ditemani oleh Merlin telah menuju ke kawasan jajahan Cenred dimana Druids telah menyelamatkan Sir Leon. Namun begitu mereka telah ditangkap oleh Jarl, seorang pedagang hamba dan merupakan sekutu Cenred. Dengan bantuan Gwain, mereka telah berjaya melepaskan diri dan meneruskan misi untuk mencari The Cup Of Life.



ohw.. kesian pulak tengok Uther.. huhuh


Morgana dan Morgause telah berjaya merampas takhta Camelot

Malangnya, setelah berjaya mendapatkan kendi tersebut dalam perjalanan pulang ke Camelot mereka telah diserang oleh orang - orang Cenred dan The Cup Of Life telah dirampas. Morgause telah menggunakan kuasa The Cup Of Life dan membentuk seangkatan bala tentera yang hidup kekal abadi. (Oh kesian, Cenred telah dibunuh oleh Morgause). Immortal army ini telah berjaya menawan Camelot dan uther telah ditangkap. Morgana pula telah merampas takhta dan memerintah Camelot. Namun, Merlin, Athur dan Gwaine selamat dan sedang merancang untuk menyelamatkan Camelot..... Bersambung..


Tunggu minggu depan... Saksikan kemunculan Excalibur dari tasik Avalon..

5 comments:

  1. wahhahaha x sabar nih nak tunggu..morgana dah kantoi..

    ReplyDelete
  2. haha.. aku dah agak mesti ko yang komen.. tunggu2 jgan tak tunggu. jgn bersambung season 4 sudah.. dier bukan kantoi la weh.. dier memang sengja.. hahaha

    ReplyDelete
  3. dah tgk sampai abis... tgh tgu merlin season 4... merlin mmg best!

    ReplyDelete
  4. aik, tengok kat mana? online ker? nak jugak! heheh

    ReplyDelete
  5. memang layan cerita merlin ni..tak sabar gak nk tgk sambungan ahad ni..

    ReplyDelete