Thursday, July 7, 2011

Nutella Mug Kek yang senang dan sedap

hari tu masa dok membuat blogwalking (again tanpa jejak) terjumpa la resepi Nuttella Mug Kek di blog Irma.
Tengok resepi tersebut memang paling senang dalam dunia. haha.. Senang dan cepat ok... Very The!!

Memang sedap dan best. En Ajib siap suruh buat jual (banyak la tak kuasa). tapi disebabkan tiada bekas ala - ala mug yang cantik macam Irma maka saya menggunakan tupperware sahaja. cuma bila guna bekas besar ni susah sikit nak kene potong.

apapun kek ini memang sedap hingga menjilat jari. kalau nak buat basah sikit kurangkan telur supaya dia tak naik menggebu - gebu sangat. n then makan dengan susu segar macam yang irma buat. memang best!! 

resepi yang dicopy bulat2 :

Bahan-bahan :

4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.

2. Kacau rata sampai sebati.

3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)

4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan.

tara dah siap..





Ini Irma punya pic tau. saya punya tak boleh nak upload pulak. pinjam gambar yer.. huhuhu... sedih sebab tak boleh tunjuk hasil sendiri (walaupun buruk takde cream cantik macam irma)

No comments:

Post a Comment