Monday, May 9, 2011

Kakitangan Kerajaan akan dinilai dengan menggunakan konsep 360°

Pagi ini on the way ke tempat kerja, terdengar berita bahawa mulai Julai depan, prestasi kakitangan kerajaan akan dinilai dengan menggunakan konsep 360°. Ia akan melibatkan pegawai atasan. rakan sejawat dan kakitangan bawahan. Ia adalah untuk menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan sebuah panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru. Sistem baru ini akan digunakan untuk menilai tahap kecekapan menggantikan PTK yang telah pun dimansuhkan mulai 1 Januari lalu.

Perasaan sekarang adalah agak gembira dan bersetuju. Walaupun aku adalah batch terakhir yang ambik PTK rasa macam sesia je lulus apabila dapat bos yang telah menyalahgunakan kuasa semasa membuat penilaian prestasi baru -baru ini. Oleh itu, dengan sistem baru ini, ia bukan sahaja dapat mengelakkan salah guna kuasa tetapi penilaian ini akan dilihat lebih adil dan telus...  :)

2 comments: