Friday, April 15, 2011

Tutti Frutti sedap sangat ker???

Last week punyer citer ni.. eeheheh... kitorang ni wekend memang tak penah nak dok kat umah.. so every wekend memang jalan2 tambah2 lagi dekat2 nak masuk umah ni kan. So setiap minggu kami akan survey barang - barang rumah. macam macam la kami survey termasuk la kabinet dapur, lampu, kipas dan sebagainya. on the way ke seksyen 7 bangi tu ada lot kedai baru. Ada mr hammer (kami beli bosh disini, harga agak murah selepas tawar menawar = rm215 je.) tauke kedai pun baik dan friendly. Ada juga kedai barang elektrik kat situ tapi mahal! huhuhu.. Kipas KDK 5 Bilah kat Nilai hanya RM265, kat sini cecah RM 300++. Mahal tu weh.. kalau nak beli 5 bijik dah berapa bezanya tu kan.

Kitorang pun gatal - gatal singgah kat Tutti Frutti. Yerla semua orang kata sedap kan.. ermm....

Beli satu jek, bekas yang kaler hijau tu. Kira saiz sedang2 la. Kaler oren saiz kecik ambik bekas jek untuk Shafiyyah. Ada bekas lagi besar kaler merah.

 Shafiyyah menikmati Tutti Frutti dengan penuh feeling

 Cuba teka berapa RM?? RM 19.90!!

Rasanya? adakah berbaloi dengan harganya.. ermm... mungkin yer bagi setengah orang. tetapi bagiku tidak sama sekali. Sebab rasanya adalah biasa - biasa aje tidak menyentuh ke hati pun. lebih baik beli ais krim and then u all boleh beli buah - buahan dalam tin tu, nata de coco, kismis dan kacang tabur kat atas ais krim tadi. RM20 boleh makan satu family... sorry ini hanya pendapat aku jek.. tak wajib agree :|

2 comments:

  1. sependapat....mahal tapi biasa je baik beli yang betul2 biasa...:)

    ReplyDelete
  2. betul tu aishah. tak berbaloi sungguh kan :)

    ReplyDelete