Wednesday, April 13, 2011

Stay Back

Jam menunjukkan pukul 11.11 malam.. Cinderella hanya ada masa 49minit sahaja lagi untuk menari dengan putera idamannya.. hanya tinggal 49 minit sahaja lagi kita akan melangkah ke 14 April 2011. Sungguh indah kalau malam-malam yang sejuk dan dingin begini dapat tidur di tilam empuk bertemankan berselimut tebal dan ditambah dengan kedinginan air cond (vol : maximum).. ohh memang best. agak best jugak kalau dapat makan biskut kering cicah air kopi.. atau dapat makan maggie.. wah sungguh mengasyikkan. Malangnya, aku masih lagi berada di ofis bertemankan bunyi keybord dan juga mesin fax yang sudah kehabisan tonernya.. dan sekali sekali lagu wali band berkumandang di udara...lebih seram apabila lagu Far East yang bertajuk Menanti di Barzakh mengambil giliran...

Aduhai... sungguh la tensionnya. Dari pagi masuk opis sampai sekarang masih di opis..menunggu kenyataan akhbar yang akhirnya masuk ke inbox pada jam 10.45 malam. selepas di email kepada media maka fax pula mengambil giliran. cuba kira berapa banyak media yang ada di malaysia + media di sabah dan sarawak ok!! mesin fax hanya ada 2 pcs dan kene send one by one. paling banyak pun lima sahaja nombor boleh didail at one time (ni keje ejan si pakar fax).. oh k-mon la.. tak boleh ke cari kaedah yang lebih update or mesin yang lebih canggih. dah email buat apa nak fax lagi kan. walaupun kita sudah ada teknologi tetapi nampaknya masih lagi bergantung dengan kaedah lama.. yang terseksa sapa??? kami la juge kan!

Ah.. kasihan Shafiyyah yang terpaksa tidur bertemankan botol susu....Mataku juga sudah layu. Mau sahaja aku lelap. Mengenangkan parking yang pasti sudah penuh dadaku makin senak. kalau aku terpaksa parking di basement macam mana? terpaksa pula memanjat tangga menuju ke lif atas.. aduh seram x 200... ZZzzzzzz




Sempat jugak menangkap gambar2 perasan untuk menghilangkan tekanan :)

4 comments:

  1. Dah jam 11.40 malam ni..jom balek

    ReplyDelete
  2. wahhh... boleh jadi pekerja contoh nih... aku pon pernah stay back sampai kul 1am... dah la tengah preknen 9bln mase tu.. sabo jekla.. tak dapat jugak jadi pekerja contoh...hurmmm

    ReplyDelete
  3. Hi,

    JOm join contest

    http://www.tetikusrusak.net/contest-birthday-party-paling-happening/

    TQ

    ReplyDelete
  4. Alamak daeng.. hahah..aku menunggu hari jek ni ha. dah nak tukar tempat lain dah :)

    Juanita : tq invite.. isyaallah :)

    ReplyDelete