Wednesday, February 9, 2011

CUTI CUTI ENDAU 2

Aduh banyak nak citer.. tapi vocab kurang hari ni. So layan gambar jek la yer. heheh.. Actually lepas Majlis pertunangan tu, kitorang beramai - ramai gerak balik ke Endau semula. Yerlah bukan selalu dapat berkumpul adik beradik kan. Inilah masanya (Walaupun Nana dan Milah sebok main FB) maklumlah mak dah masuk streamyx, wireless lagi tu. Jadi semua laptop boleh online. Tapi aku tetap malas nak berblogging. hhee.. layan feeling jek kat kampung. Nasib baik hujan dah tak turun, so boleh lah kitorang beraktiviti. Ingatkan nak pegi mandi - manda di Pantai Penyabung tapi memandangkan musim hujan so kitorang ada perasaan seram sikit plus air mesti keruh kan. Jadi aktiviti petang tu adalah mencari lokan. Best sangat kalau buat sambal. lagi sedap daripada kerang tau.

Lokan adalah dalam spesis kerang - kerangan. Hidup di dalam lumpur di kawasan paya bakau. Kalau nak cari lokan ni biasanya kami akan guna parang dan kalau berbunyi macam 'ting' (ye ke ek, ala macam bunyi besi terkena besi or kaca) maknanya dah terkena la kat cengkerang lokan tu. So kutip masukkan dalam rajut or guni beras. hehe. Kalau time nak balik tu air pasang, boleh la kutip siput sedut sekali.. Siput belitung pun ada banyak pada sesapa yang pandai makan boleh la kutip ni sekali. Seronok kan dok kat kampung.

 Aksi selepas mencari lokan


 Alahai En Razif ni menang kat gaya jek la

 Besarnya api.. tak sabar nak tunggu masak. Sedappppp!


Pencari dan pembakar lokan

Hasilnya kali ini tak begitu memberansangkan. Otai - otai tak dapat nak follow. En Ajib pun dah tak tahan dok dalam lumpur lama - lama. So we all bakar je. Still sedap. Next time nak p cari lokan kene pegi pagi2. Kalau petang masa dah suntuk.. Apepun best sangat balik kampung!! 

*Kaum wanita dok umah je kali ni. Jaga anak.*

No comments:

Post a Comment