Thursday, February 17, 2011

Cara Meredakan Kembung Perut Bayi

Sekarang ni selalu ada staff I&P hantar email yang bertajuk Inovasi Dalam Penyelesaian Permasalahan Harian. So ada macam2 tips berguna yang diberi. Daripada membazir baik share kat sini kan. Layan..


Cara Meredakan Kembung Perut Bayi – Cadangan Penyelesaian

TANGISAN anak adalah penawar dalam kehidupan sesebuah keluarga, namun pernahkah anda mendepani keadaan bayi menangis tanpa henti sehingga membingungkan anda?
Puas dicari puncanya.Bayi dimandi, disuap makan sehingga dibelek dan disapu minyak seluruh badan namun si manja tetap menangis.
Tetapi apabila ‘diketuk’ sedikit perut kecil si manja, kedengaran seperti bunyi agak asing, rupanya terkena kembung perut,

Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam.
Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan.
Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara dua minggu dan enam bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia dua tahun atau lebih.
Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa sama ada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.
Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

· Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda mennyusukan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.

· Ibu bapa boleh berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :

Ø Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

Ø Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

Ø Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.

Ø Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.

Ø Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.

Kongsi sebarang penyelesaian yang anda fikirkan bagus untuk menyelesaikan permasalahan ini bersama rakan-rakan kita.

Ilmu Yang Baru Membina Insan Yang Bermutu
Sumber diperolehi dari http://www.bharian.com.my/

Kalau macam ni bukan kembung tapi cacing.. heheheh

No comments:

Post a Comment