Wednesday, January 19, 2011

69.47

Tension hari ni sebab bila cek markah LNPT - adalah sangat rendah dan sangat tidak logik. Tak tau la nak cakap apa tapi saya (tetibe saya, takde mood la dey) telah menghantar karangan ala2 UPSR kepada bos untuk penilaian semula. Apabila bekerja, kita haruslah menjadi lebih profesional dan bijak membuat keputusan.



SAY NO TO KAKI KIPAS!!
Puan,


Saya sangat tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan oleh puan kepada saya iaitu 69.47. Markah tersebut terlalu rendah dan saya merasakan saya layak untuk mendapat markah yang lebih tinggi. Saya mempunyai kemahiran dan pengetahuan sewajarnya dalam bidang kerja sekarang. Prestasi aduan di bawah seliaan saya adalah sangat cemerlang. Untuk makluman puan, beberapa artikel saya pernah disiarkan di Berita Harian dan saya juga mampu untuk menulis dengan baik tetapi puan seolah – olah menidakkan hasil kerja saya. Saya mengalah kerana menganggap puan adalah Ketua walaupun kadang kala tindakan puan tidak munasabah. Adakah kerana saya mempunyai masalah komunikasi dengan puan, ia menjadi faktor utama untuk puan mengukur prestasi saya. Bagi tahun 2009 saya telah mendapat markah sebanyak 90. Saya tidak mengharapkan markah sebanyak itu namun berharap ia adalah markah yang wajar tanpa diskriminasi.

Puan juga nampaknya tidak bersetuju dengan markah yang telah saya berikan pada N***** iaitu 85.67, malah puan merasakan beliau layak mendapat markah yang lebih tinggi. Bagaimana pula dengan markah yang telah puan berikan kepada saya iaitu hanya 69.47? Secara jujurnya saya tidak merasakan N***** layak menerima markah tersebut. Dia bukan sahaja mempunyai masalah dengan saya malah dengan semua kakitangan U**. Puan sendiri sedia maklum apa yang telah beliau dan puan lakukan terhadap kami. Bagaimanapun atas dasar profesionalisma saya mengetepikan perkara tersebut kerana saya tahu markah ini akan memberi impak kepada kemajuan kerjaya beliau di masa hadapan. Adakah kerana dia mempunyai hubungan yang baik dengan puan dan telah membodek puan dengan sedaya upaya maka puan merasakan dia paling cemerlang di unit ini? Untuk makluman puan, saya langsung tidak peduli jika puan mempunyai anggapan sedemikian cuma saya berharap puan dapat berlaku adil kepada kakitangan lain di U** ini.

Saya telah berusaha untuk bekerjasama dengan puan. Namun markah yang telah puan berikan adalah sangat rendah dan akan memberikan impak yang sangat buruk kepada kemajuan kerjaya saya. Saya berharap puan dapat mempertimbangkan perkara ini sewajarnya atau saya terpaksa membawa perkara ini kepada pihak atasan bersama bukti dan saksi terhadap niat Puan dan N***** untuk menjatuhkan saya. Saya berharap kita dapat bekerjasama dengan tenang dan professional untuk kebaikan kita bersama. Janganlah kita jadi seperti Peribahasa Melayu ‘TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT’. Renung – renungkan. 

2 comments:

  1. Hidup Ogy....tang ending tu yang tak tahan tu..cam karam singh walia pulak..hik!hik!hik.

    ReplyDelete
  2. kak..geram sangat ni... geram..geram..geram..

    ReplyDelete