Sambungan pasal educational toys ni.. setiap peringkat perkembangan bayi adalah berbeza. jadi sebagai ibu bapa adalah perlu untuk kita mengetahui bagaimana untuk membantu meransang perkembangan bayi. Salah satunya dengan alat permainan yang sesuai ini kerana menurut panduan perkembangan awal kanak - kanak dari Kementerian Kesihatan, kanak - kanak belajar mengenali dunia melalui pancaindera sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa dan menghidu. Dan setiap pancaindera ini mula berfungsi sejak mereka lahir lagi.
0-3M
-Soft toys yang bewarna hitam, putih atau merah untuk meransang fokus mata bayi
-Soft Toys yang boleh dipeluk dengan tekstur yang berbeza dan bunyi untuk meransang deria sentuhan, deria pendengaran dan perasaan selamat.
3-6M
- Stacking rings, cubes, bola, dan squeaking toys (yang boleh picit2) untuk meransang 'fine motor skill'
Contoh Stacking rings dan squeking toys
- Pull Along Toys (yang boleh tarik) dan push toys untuk meransang kemahiran motor kasar (gross motor skill)
Contoh Push Toy and Pull along toy
- Activity cloth book dengan warna yang terang, tekstur, berkocek lain - lain untuk meransang ' eye - hand coordination' dan motor skill
- Activity playmates untuk meransanga genggaman tangan, bayi boleh pegang objek di playmates dan menggalakkan bayi untuk berguling.
- Drum dan mainan yang boleh bergerak, mempunyai muzik dan bertindak balas dengan sentuhan.
Cloth book lamaze ni memang best. Price RM30 ++ Contoh Activity Playmates
6-9M
- Mainan yang boleh menggalakkan kreativiti dan kemahiran meneroka seperti Stakling Rings tadi, Stacking blocks dan Shape sorters. Permainan sebegini juga boleh menggalakkan koordinasi mata - tangan.
- Mainan yang mempunyai muzik, bunyi dan lampu
- Mainan yang mempunyai cermin (elakkan dari kaca dan yang mudah pecah) untuk penerokaan diri
- Activity playgyms atau tilam untuk menggalakkan bayi berguling - guling dengan selamat
9-12M
- Puzzle yang mudah dan shape sorter untuk lanjutan ransangan ketangkasan jari, koordinasi mata dan tangan seta kemahiran 'logical Intelligence'.
- Permainan yang mempunyai perkataan - perkataan yang boleh difahami untuk memperkenalkan perkataan seperti sing-along toys, musical toys dan hand puppets.
- Permainan yang mempunyai butang - butang (pastikan tidak mudah tanggal), clips, dan sebagainya untuk memperkenalkan kemahiran seperti memberseih dan dress up.
No comments:
Post a Comment